Dedicated to my sons and daughter... How can I help my sons who diagnosed as GDD...
Friday, December 2, 2011
Just my personal opinion....
Assalamualaikum,
Di waktu2 kesejukan begini, aktiviti dalaman je yg boleh dilakukan. Aku gunakan utk membaca blog kesayangan ni dan membaca balik komen2. Huhu diam tak diam dah masuk tahun ke tiga berblogging rupenye. Cabaran dalam penulisan blog ini banyak. Rupanya tak semua pembaca yg diluar sana meminati cara penulisan,isi kandungan dan luahan perasaan yg kita rasakan sesuai utk tatapan. Yelah blog ini AKU yg punya so terpulang le apa yg nk aku tulis kan. Kemudian aku pun rujuk ke blog yg lain. Berblog walking le pulak. Masalah sama juga pada bloggers yg lain hadapi...mempunyai HATERS yg datang tanpa dijemput.
Haters nih wujudnye penuh misteri, nk cari tuan badan mesti terer tahap dewi, baru tau siapa si busuk hati. Kadang2 luahan ataupon teguran yg mereka lemparkan cukup berbisa, ibarat gajah depan mata tak nampak tapi semut kat ujung dunia jelas mana duduknya. Aku pon penah kena juga. Walau blog suam suam kuku...macam hidup segan mati tak mau pon ade gak yg jakun nk komen benda biar jadi panas. Asal kite buat entry je, yg nampak cam masuk bakul angkat sendiri je terus bagi komen sampai lupa diri, asal usul, apatahlagi tatasusila. Lawak kan, manusia itu berbagai rupanya. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua. Kalau kita rasa apa kita lakukan itu ada sebab, kenapa harus gentar. Alah haters ni macam langau, namun ada gunanya juga. Kalau tak ada, kita akan terleka. Terbuai dlm mimpi sendiri.Kadang-kadang ada juga yg mengenali diri ini, namun bila ada dengki di hati,segala entry, yg menunjukkan kite pergi ke sesuatu tempat bercuti, dicanang pulak kat satu kampung...motif????....wallahualam. Hanya MEREKA dan keluarga mereka sahaja yg tau. Alhamdulillah aku sekarang sudah agak cekap berblogging, namun masih mencari jua ilmu yg mana ada utk berkongsi. Ilmu itu ibarat air yg tak pernah putus bukan.......insya Allah.
Pesanan bestari,
Jadilah seorang yg berakal bukan seorang yg hilang akal,
Gunakanlah akal di tempat yg sesuai bukan akal digunakan untuk mengenakan orang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment