Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 14, 2011

Waktu-waktu terakhir

Assalamualaikum, Sekarang sedang menulis utk meninggalkan satu tanda sebagai kenangan di kemudian hari. Kenangan semasa di sini..mahligai indah walaupun kecil...KECIL namun bagiku begitu banyak kenangan bersamamu.Mula bersamanya ketika anakku baru setahun jagung,dalam perut sudah ada zuriat yg menanti utk berkongsi hidup.Sungguh hati masih di sini. Malahan uri anak-anak jua di sini..cuma Auni sahaja di Melaka. Semasa berkemas memasukkan barang dalam kotak2 aku rasakan baru semalam aku bersama suami keluarkan semua dr kotak2 hadiah sempena perkahwinan. Indah detik itu...memulakan hidup baru dan kini aku akan bermula semua dari mula...hanya utk mereka..kesayangan kami. Mahligai ini amat berat utk ditinggalkan..aku mencari calon yg sesuai agar dapat merasa "NYAWA" seperti yg aku rasa. Nyawa yg indah damai..penuh senda loka..penuh gembira. Gelak tawa anak-anak akan penuhi setiap ruang dan sudut. Ruang yg mana aku tempatkan gambar, kerusi, meja , tv...sudut Amsyar merajuk dan Adham menyorok. Belakang pintu tempat bermain dalam bilik tempat berjoget...hahahahaha....ruang yg kecil tanpa perabot yg sarat hanya utk pastikan keselamatan sang Arjuna yg perasan seperti adiwira terjun sana terjun sini ibarat mati hidup kembali. Pasti aku rindukan semua kenangan itu.. Kami sekarang sedang jerih memasukkan barang2 dalam kotak saiz kecil dan besar.Buang segala sampah yg tersimpan sekian lama. Suami cakap aku suka simpan sampah. Ya aku simpan kerana satu hari nanti bila aku jumpa barang itu akan mengimbau kembali sesuatu yg lepas. Walau kotak barang simpan ipad pun simpan bawah meja solek..bukan pakai pun..tapi aku akan kenang sesuatu....yg mana aku ingat aku telah pergi ke Digital Mall bersama suami dan sahabat utk membeli barang itu. Apa yg dibualkan sepanjang perjalanan...ya aku akan kenang...ingat..kerana aku seorang yg pegang pada kenangan. Sentimental...sensitive...entah yg pasti aku PENYIMPAN...collector. Hahaha..American Pickers akan suka rumah aku bile aku tua kelak. Dalam banyak barang, bagiku pasti barangan anak masa baby2 dulu yg paling terkesan. Baby playpen, macam nak let go je...bagi kat org..tapi yelah nk bagi org mesti org pun nk yg baru utk anak..kan..kan..so aku pun simpan je la. Ni nasib ade kawan yg nk walker warna-warni dan mainan IKEA. Kalau tak itu pon aku nk simpan. Yelah ade kawan ckp nanti masuk rumah baru pasti ade org baru.. Huhu...insya Allah kan. Susah nk duga semua rezeki Allah nk kasi. Kami masuk barang macam main2, kalau tak tetap tarikh mmg thn depan pon tak habis agaknyer. Siap gaduh2 aku nk simpan, suami nk buang. Aku nk let go..suami ckp masuk kotak. Lori besa katanya. Then semalam masa nk masuk barang Tupperware n Tipuware kotak yg aku ibarat coffin dibawanye. Apalagi sesi baling barang ke dalam kotak ler. Baling2 punya baling tiba2 aku duduk senyap, banyak gak barang dr sekolah sempena hadiah hari sukan le, hari guru le...tak dibuka lagi...cantik dlm plastik lagi. Punyalah penyimpan kan. Aku harap semua clear sebelum THE BIG DAY tiba....insya Allah...

No comments: