Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 17, 2011

kenapa saya perlu berhijrah...

Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dan suami akhirnya berjaya dalam permohonan untuk pindah antara negeri. Destinasi impian kami adalah negeri Hang Tuah, tempat tumpahnya darah saya. Kalau ikutkan saya dan suami tidak terdesak untuk berhijrah namun memikirkan anak2, Amsyar yang sudah 6 thn dan Adham 5 thn, yg perlu utk ke sekolah yg SESUAI, saya dan suami mengambil keputusan utk pindah. Kalaulah anak2 tidak memerlukan kelas keperluan khas, mungkin kami masih di sini, masih menjadi perantau di negeri Selangor.Namun akhirnya kami mengambil keputusan utk ke satu tempat yg saya boleh membantu anak2, supaya mereka dekat dgn sanak saudara, yg boleh membantu bila keadaan memaksa.Saya dengan tegas mengesahkan, kami perlu PINDAH, perlu utk memulakan semua dari mula, dari zero.....semua utk mereka...kesayangan kami.Semoga satu hari nanti, apa yg saya telah korbankan akan memberikan satu peluang kepada anak2 utk menjadi lebih baik. Saya perlu kuat, saya perlu sokongan, saya perlu satu tempat di mana anak2 saya di terima dgn apa yg mereka ada.Saya sanggup tinggalkan semua utk mereka. Saya tau mereka akan kehilangan kawan2, orang yg sayangkan mereka, dan saya sedih sebenarnya bila saya kenangkan orang2 yg tak pernah menolak bila saya mengharap bantuan. Orang asing yg tiada ikatan darah namun sanggup korban masa, duit , dan tenaga utk membantu kami sekeluarga..orang itu yg saya gelar sabagai SAHABAT SETIA. Saya bukan seorang yg berharta apatah lagi wang berjuta namun saya kaya....saya kaya kerana punya ramai SAHABAT SETIA. Merekalah org yang akan saya dan keluarga tinggalkan....saya sedih utk mengucapkan kata2 perpisahan, saya rasa saya amat pentingkan diri namun saya pergi utk satu janji...janji utk memberikan anak2 yg terbaik sebelum saya mati. Akhir kata itu sebabnya saya perlu PERGI...tinggalkan anda semua walau saya sedih dihati, bukan kerana saya benci tapi kena akur dgn janji. Maafkan segala yg termakan,terminum,tercakap,terkasar....dan doakan yg terbaik utk saya dan keluarga....terima kasih kerana sudi jadi SAHABAT SETIA.

1 comment:

Suhaila Mohd Nasir said...

Terima kasih sahabat, dah bnyk kali baca post sendiri, tiap kali pasti air mata mengalir d pipi....doakan keputusan yg saya buat adalah yg terbaik buat KAMI.