Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum 2012

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah masuk sudah thn 2012. Ramai juga yg berkongsi pelbagai cerita dlm blog mereka kali ni. Ada yg mengimbas kembali apa yg berlaku sepanjang thn 2011. Kalau diikutkan mmg thn 2012 akan menjadi thn cabaran pada aku dan family. Ya, memulakan semua dari mula. Menjadi org Melaka yg sebenar. hahahaha....kelakau lak aku rasa.


Aku baru mengikuti taklimat pertama di sekolah baru. Bertempat d Hotel Abadi. Melilau cari tempat kat mana. Mujur jumpa. Pendapat aku pd traffic kt Melaka ni...ermm...mmg berlainan...jalan pergi tak sama ngan jalan balik...jalan banyak one way...jalan melalui bangunan2....kena tau jalan shortcut kalau nk cepat sampai...lagi satu jgn risau kalau salah termasuk jalan...buat bodo je U turn kat tempat selamat...ahahahhaha....yelah tempat SENDIRI katakan, nasib baik plat keta plat wilayah kira mcm visitor le kan...takde sapa nk marah....


Banyak yg menarik berlaku sepanjang aku n family kat Melaka...I lost my tooth here. The first tooth..huhu..konon ade duit sikit buat le treatment gigi, mmg terbaik...9 holes...adik aku komen mcm main golf lak. Bile dah 3 hari that only tooth sakit sampai tak leh tido mlm. Bayangkan badan penat giler...yelah proses pindah rumah ni boleh ambik masa sampai berbulan-bulan nk kemas balik barang2. Sakit gigi lagi. Macam nk demam lak. So sbb tak TAHAN sgt, aku g balik kat dentist tu and decided to let go the tooth. Dentist bagi pilihan, nk cabut atau buat rawatan akar. Rawatan akar ni akan mkn masa...which means aku kena berulang ke klinik gigi beberapa kali..(bukan pilihan yg terbaik yg aku ade skrg) dan yg lebih hebat kos rawatan mencecah ribuan ringgit...huhu..xo cabut n bayar RM40..sekali ngan ubat. oh yea yg dicabut tu gigi graham kecil. Premolar tooth.


Aku pon dah sign SBPA, skim baru perkhidmatan awam. Aku punya surat kenaikan ke DGA32 pon dah dapat. Double happy. Rezeki anak2. Alhamdulillah....thn 2012 leh le menyimpan, menabung. Auni dah dapat nursery. Dulu ingat nk anta kat my parent's neighbour but bile tau perjalanan sekolah baru ni aku rasa kena gak anta tempat nursery. Lebih menyenangkan hati aku sebagai ibu. mana tau ade meeting sampai petang ke, tuisyen ke. Kesian lak kakak yg kena jaga Auni tu. Tu yg buat aku mencari gak Taska. Nama Taska Auni ni Taska Yippee......weeeeee....nama pun ala budak2 kan. Amsyar akan ke Pra Pendidikan Khas di Sk. Bukit Cina, Adham akan menyusul seminggu kemudian. Harap semua akan berjalan lancar. Insya Allah....




No comments: