Wah skrg saya dah 37 minggu ngam2 masuk 9 bulan lebih dah baby dlm tummy saya ni. EXCITED betul nk timang baby yg dlm tummy ni. Adik Adham dah besa..dah taknk kena cium. Asyik melasak je kerja dia skrg. Kalau ade org yg sama saiz ngan dia, siapla dia kerjakan. Abg Amsyar selalu dah jadik punching bag dia. Kadang2 kesian tgk abg Amsyar tu..menadah je. Tapi sesekali melawan kalau sakit sgt.
Ni dah kat bumi kelahiran...tanah tumpah darahku..Melaka. Niat ari tu nk bersalin kat Selangor je. Tapi pd hari Khamis 11/03/2010 aku pergi monthly check up. Masa sampai je doktor ckp bp aku tinggi. Pastu dia check jantung baby, normal. Pastu dia check bukaan serviks...mak yai sudah 1cm bukak maaaa. Aku berdebar tol. Baru teringat ada satu mlm yg aku rasa sakit sangat. Mcm kena sengugut pun ade. Tapi tak lama la..pastu terus ilang je. Tu yg g sk lagi tu. Siap turun padang ye sbb dah menjelang sukan sekolah ni. Semangat Ketua Rumah Biru tahun ni tau!! heheheh.. Kalau ikut kan doktor dah nk tahan wad, tapi urine test normal, so consider aku ni leh tunggu lagi utk saat kelahiran.
Jumaat lak aku gi sk mcm biasa lagi. But sampai pukul 10 pagi je dtg balik sakit..rasa ringan je perut ni. Kosong je kat atas. So aku terus ckp kat hubby (nasib baik satu sekolah) kena g Hospital balik sbb dah rasa sakit balik. Member2 semua bila pegang perut ckp dah turun dah baby ni..kat bawah pun dah penuh. Pergi hospital le cepat...takut apa jadik kang payah lak. Cipta rekod lak aku bersalin kat sekolah.
Smpai je hospital tu, nurse bg baju masuk wad, aku ckp nk tgk dulu..kalau betul2 kena admit baru aku tukar. Kalau sekadar sakit tapi lum nk bersalin..aku lebih rela balik kg. Bersalin kat Melaka ada gak yg tgkkan ank2 aku. So bila check bukaan masih 1 cm lagi. Baby gerak mcm biasa..aktif makin galak dlm perut ni. Nurse siap tanya scan ari tu baby boy ke?...heheheheh...
Apa2 pun aku mengharapkan kelahiran kali ni lebih senang dan tak lama. Namun kalau ikutkan aku dah rasa sakit dr minggu lepas lagi....sakitnya datang dan pergi. Malam mmg dah tak boleh tido lena..sekejap2 masuk toilet. Siang pun sama asyik nk buang air besa je. Kalau baca info tanda2 nk bersalin, dah ade yg sangkut kat aku skrg....tggu timing je nak jejak kaki ke hospital tu. Doakan le kawan2...semoga perjuangan aku utk kelahiran ini berjaya melahirkan seorg lagi khalifah Allah di muka bumi ini..insya Allah.






No comments:
Post a Comment