Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, March 21, 2010

Kelahiran yang dinanti.




Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan seorg lagi zuriat utk suami tercinta. Sekarang bertambah sudah ahli keluarga ku menjadi 5 org semuanya. Anak ketiga ini sudah rezeki aku dan suami untuk mendapat seorg bidadari...seorg PRINCESS...tertunai sudah hajat. Memandangkan aku sudah pun mempunyai dua org anak lelaki yg bisa menjadi bodyguard adik mereka ni.


Baby kali ni aku telah memberi peluang suami utk mencari nama babynya. Sbb masa scan macam yakin dpt girl dah. Namun sampai tarikh tamat tempoh aku beri utk dia pun masih belum ada nama yg sesuai. Suami pun banyak main nak bagi nama yg mcm2...geram gak ngan dia. Last2 aku gak kena cari yg sesuai ngan baby, nama abg sebelum nya dan makna yg bersesuaian...Akhirnya AUNI BATRISYIA BINTI MOHD ANUAR....ku beri pada nya ...


Baby Auni lahir pada hari Rabu , 17/03/2010 waktu 12.16 tengah malam, berat 3.15 kg, panjang baby 47 cm , lilit kepala 34 cm. Sebenarnya banyak perkara yg tak disangka berlaku. Yelah pertama jangkaan waktu kelahiran pd 1st April..tau2 masa 37 minggu 3 hari, Auni nak jenguk dunia dah. Pergi hospital pada hari Isnin, waktu mlm dlm pukul 11.00 mlm. Mmg sewaktu mengandung aku niat nk lahirkan baby ni kat Selangor, hospital swasta. Tapi memandangkan dlm cuti sekolah yg kebetullan jatuh masa waktu sakit nak bersalin so aku pun pergi je ke Hospital Besar Melaka. GL pun dah ready. Semua dokumen pun dah bawa.


Kedua walaupun dua pengalaman kelahiran lalu aku berjaya menempuh nya dgn kelahiran normal namun kali ni aku merasa pengalaman di bedah atau caesarean. Ramai rakan yg tertanya kenapa la aku kena bedah kali ni. Nak ckp takde pengalaman dah dua kali dah..ni yg ketiga. Sebenarnya aku ada komplikasi semasa kelahiran. Aku ada simptom darah tinggi dan dikhuatiri kena sawan sewaktu kelahiran jadi aku kena tahan dan diberi dos ubat elak sawan. Lepas tu pukul 3.30 pagi aku telah dimasukkan ubat induce utk kali pertama. Lepas 6 jam masih bukaan dlm 2 cm sahaja. Lalu dlm waktu pagi (Selasa) dlm 9.30 pagi sekali lagi induce diberi (kali ke 2). Kemudian aku dipantau dr masa ke semasa. Sakit...TAK TERGAMBAR..SAKIT NYAA..selepas 6 jam aku sekali lagi dipantau dan bukaan sudah 3 cm. Tapi doktor tak nak bagi induce lagi sbb rahim dah lembut dan serviks dah ada bukaan. Tunggu masa utk dipecahkan ketuban sahaja. Lepas air ketuban dipecahkan..masih lagi aku belum ada rasa utk melahirkan tapi sakit mmg dah ada. Doktor pun beri ubat oksitosin...ubat utk menyegerakan kelahiran. Tetapi baby dlm perut lak tak tahan ubat itu..jantung berdegup pelahan je. Bila stop ubat, baru bb ok sikit. Dan jam sudah pun malam...tik...tok...tik...tok...masih belum buka lagi..hanya 4 cm sahaja. Tepat 11 mlm doktor dtg...dia bagitau mmg jalan tak nk buka dah..dan aku diminta utk sign satu dokumen, persetujuan utk dibedah atau caesarean. Hati ku berdegup dah....mcm2 dlm fikiran..aku pasrah sbb yg utama anak aku selamat dan tak ada sebarang masalah pada anak aku kelak. Semasa dibedah aku diberikan bius penuh, jadi aku tak dpt menyaksikan kelahiran itu.


Akhirnya 12.16 tgh mlm....Auni Batrisyia berjaya dilahirkan secara caesar. Mmg benar kata org, setiap pengalaman utk setiap anak adalah berbeza. Alhamdulillah skrg aku dah hari ke 4 selepas melahirkan princess yg comel tu. Aku harapkan aku akan segera sembuh walaupun aku dibedah kali ni. Mmg sakit yg berlainan sekali. Batuk tak boleh, ketawa tak boleh. Bagi rakan yg mengenali suami, mana aku boleh tahan gelak..tengok gaya dia , cara ckp pun aku tak tahan. Buat lawak bodoh jer. Takut gak aku..sakit betul kali ni. Mungkin aku akan berpantang di Melaka, kat rumah ayah mak. Anak2 jantan aku ikut ayah dia balik Selangor. Lepas dah sihat baru aku balik rumah sendiri. Ibarat kata org, rumah ku syurga ku...



Nukilan,


Ibu Baby Auni Batrisyia.

4 comments:

Anonymous said...

1stly nk wish congratulation la..dh selamat dh...

hmm tk de rezeki nk bersalin normal ye..allah punya kuasa dia lebih tahu apa hikmahnya..yg penting semua selamat...

semua pglmn tersebut buat kita lebih faham pengorbanan seorang ibu...

nani nmpk gambar sue n anak2 sue dia kata,
"mama.... itu mama adalam (adham) dgn asya(amsyar)"..itu bb sape pulak, mama??? "Itu bb adalam..."

heheheheheh

Suhaila Mohd Nasir said...

heheh...tapi bb Auni tak g taska la..nk kawan nanti Nani dtg umah yee...Auni nk kawan ngan Nani ngan Aqlan.

kermitt said...

alhamdulillah sue ngan bb auni selamat.. salam tahniah dari kami sekeluarga di cjangkang.. org umah aku pn kim salam.. nanti balik cini kitorang gi muyi ekk.. x sbr nk tgk auni..

Suhaila Mohd Nasir said...

terima kasih Iqbal...insya Allah dtg le ke rumah tgk anak dara Nuar ni. heheh..