Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, March 6, 2010

Menghitung Hari.

Assalamualaikum,

Title entry pun dah macam judul lagu. Itu lah yg aku sedang alami skrg. Sedang mengira, menghitung, membilang hari dan ketika utk bergelar ibu sekali lagi bagi zuriat yg bakal lahir. Detik waktu yg berlalu amat lama aku rasakan. Berdebar utk menempuh saat melahirkan seorg lagi khalifah Allah. Saat kesakitan yg aku tempoh 2 thn sudah ,masih lagi terasa sebenarnya. Namun semua itu bukan penghalang utk aku merasai satu nikmat kebahagiaan dan kegembiraan bila suara tangisan bayi kedengaran. Pengalaman semasa melahirkan zuriat itu tidak boleh digambarkan. Sakit..memang sakit...namun sakit itu hilang bila saat menatap wajah pertama kali si anak yg selama ini berada di dlm badan selama 9 bulan.


Namun hati aku amat terkilan sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini banyak sekali berita pembuangan bayi. Amat tragis sekali keadaan bayi yg dijumpai. Ada juga yg masih elok namun tidak bernyawa. Tempat pembuangan juga boleh ditafsirkan sebagai kawasan yg jijik seperti mangkuk tandas, parit dan tong sampah. Adakala aku terfikir , mereka yg telah mengandungkan bayi-bayi itu tidak mempunyai sebarang masalah semasa mengandung. Oleh itu mereka berjaya menyimpan rahsia kehamilan mereka. Mereka juga telah melahirkan bayi yg cukup sifat, tidak sumbing, cacat dan sebagainya. Namun atas kecetekan fikiran dan kejahilan yg menguasai diri lantas bayi yg suci, sempurna dan masih bernyawa ketika itu dibunuh. Jika mereka tahu betapa susahnya untuk mendapatkan zuriat , betapa besarnya pahala bergelar IBU, betapa murninya anugerah Tuhan itu, betapa sucinya dan comelnya bayi itu..... mereka pasti menyesal yg teramat suatu hari nanti. Pasti menyesal!!!!!!!


Andai ini ketentuan Ilahi...bayi-bayi itu penghuni syurga...bayi-bayi itu akan berada di sana....aman dan damai di sana...... MEREKA pula pasti di NERAKA...

No comments: