Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, February 1, 2010

Setengah Hari di Klinik.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat gak update blog hari ni. Nak cerita ttg 1/2 hari di Klinik. Kalau ikutkan buat FBS test ni masa kandungan 28 weeks lagi tapi disebabkan ada sedikit fobia ngan proses FBS memaksa saya menangguh dan terus menanguh hingga la doktor nasihat utk ambil juga ujian ni bagi mengatasi segala masalah yg akan dtg. FBS..????? what's that...FBS adalah Fasting Blood Sugar Test atau senang dikenali kena minum air gula. Kenapa lak kena minum...sbb nak tau sama ada kita ada tak penyakit kencing manis. Penyakit ni senang nk dapat masa pregnant dan lebih2 lagi kepada sesiapa yg ada keturunan berpenyakit kencing manis. Bahaya masa mengandung utk baby...sbb dikhuatiri baby bersaiz sgt besa...susah waktu melahirkan..ada potensi dibedah dan ada penyakit. Itulah sbb kena jaga pemakanan semasa ngandung ni. Amalkan pemakanan seimbang.

Saya sebenarnya sudah melalui proses ni utk ketiga2 (termasuk yg terkini ni) anak dalam kandungan. Mmg sudah sedia maklum ttg steps prosedure bagi FBS. Tapi masih ada sedikit fobia. Dulu waktu di klinik Kerajaan...ada kenangan yg agak sadis. Masa nurse ambik darah, terpaksa di cucuk lebih sekali...urat yg bengkak selepas diambil darah....muntah hijau lepas minum air gula. Emmmm...dan result blood test yg kantoi. So terpaksa la membuat BSP setiap 2 minggu sekali sampai waktu bersalin. Anak yg kedua saya pernah dimasukkan ke hospital selama 1 minggu sbb result BSP yg tak menentu. Kat dalam hospital kena belaja guna insulin utk waktu pagi dan tgh hari.....cucuk peha sendiri tau.

Hari ni saya kena ulangi prosedure yg sama cuma tempat yg berlainan. Saya buat d klinik Bersalin Barakah, Bandar Puteri. Dalam hati, berasa sangat gusar dan tak menentu. Klinik di buka pada jam 9.00 pagi. Saya adalah pesakit yg terawal. Sempat di sapa oleh doktor....(masa tu saya dah tak keruan...asyik pikir sakit dicucuk jarum)..baru saya tersedar rupanya yg berdiri sebelah kaunter adalah doktor pakar sakit puan di klinik itu. Saya di timbang berat dahulu...(Jumaat mggu lepas 79 kg..hari ni...Isnin 77 kg...turun 2 kg..???) agak menghairankan. Lepas tu saya terus dipanggil ke dalam bilik rawatan. Dr. Khairiah (dr.pakar) itu sendiri yg mencucuk jarum utk mengambil darah saya. Saya suarakan berat badan yg hilang 2 kg dlm masa 2 hari pd doktor. Doktor sarankan agar saya timbang semula takut mesin penimbang ada error. Kalau dah nama doktor pakar...ambil darah pun rasa bagai gigitan semut je...Hilang takut saya. Cuma berdoa lepas ni minum air gula tak muntah hijau macam dulu. Lepas ambil darah kali pertama saya perlu beri sampel air kencing. So lepas tu baru minum air gula pula. Kali ni air gula nya tak sepekat d klinik kerajaan yg mana kita perlu minum sampai habis satu mug...Mug ye bukan dalam cup atau cawan kecil....dan ada disertakan air masak biasa. Alhamdulillah..habis gak minum. Saya kena bertahan sehingga 1 jam sebelum diambil darah selepas itu. Lebih kurang sejam lebih darah diambil sekali lagi. Kali kedua ambil darah di tempat yg sama. Oh yaa..lupa bagitau saya perlu berpuasa selama 10 jam sebelum prosedure minum air gula ni. Maksudnya makanan terakhir saya adalah pada 9.00 malam tadi. Dan selepas sejam selepas diambil darah kali kedua saya diambil darah sekali lagi. Bermakna saya dicucuk utk diambil darah sebanyak 3 kali dan 3 kali urine sampel diambil. Dalam pukul 12.00 tgh hari..semuanya selesai. Alhamdulillah kali ni saya rasa tak begitu menyeksakan. Kenapa...??? Pertama, doktor pakar yg mengendalikan prosedure ni. Tak sakit sangat.Urat di tangan tak bengkak walaupun dicucuk 3 kali tempat yg sama. Kedua, keadaan sekeliling yg agak harmoni. Tak sesak dgn org yg pelbagai.Tak ada bau yg boleh memualkan tekak yg hanya menelan air gula satu mug. Ketiga, layanan yg cukup mesra dr kakitangan klinik..kalau d klinik kerajaan...faham2 lah..

Dan petang tadi..hari yg sama saya mendapat satu message dr phone mengatakan result saya normal. Ini bermakna saya bebas dr penyakit kencing manis. Cuma doktor meminta saya mengambil makanan yg sihat dan dalam waktu yg kerap kerana berat badan yg tidak menentu. Syukur betul. Alhamdulillah. Sekarang sedikit lega dan saya akan berjumpa doktor dalam masa 2 minggu lagi...sbb saya dah nk masuk 32 minggu....kena rajin jumpa doktor.

Wassalam.

No comments: