Cuti Tahun Baru Cina kali ni amat tak best disebabkan anak2 kesayangan berada dalam tahap kesihatan yang agak tidak menyenangkan. Adik Adham yg mula2 dapat demam dan tidak boleh ditinggalkan hatta ke bilik air sekali pun. Mesti kena ada seseorg kat sebelah dan membelainya. Kemudian Abg Amsyar lak menyusul demam yg agak tinggi hingga lebih 4 hari. Keadaan begini amat menguji minda aku khususnya sewaktu aku dalam keadaan sarat sebegini. Kasih sayang aku curahkan dan kesabaran mengikat waras akalku. Doa kupanjatkan agar demam degil ni berlalu. Rindu melihat keletah, gelak tawa dan gelagat mereka. Alhamdulillah sekarang (hingga hari ni) Adham sudah cerdas dan cergas seperti sediakala. Perangai yg nakal sudah terbit dan makin ligat sekarang. Amsyar menunjukkan tanda2 positif utk ke arah sihat walaupun masih tidak cergas lagi. Masih perlu masa berehat.
Bermula hari Isnin Amsyar diserang demam, dari hari tu sahaja hingga Ahad lepas aku congak2 kami rupanya telah mengunjungi 5 kali ke klinik. Tiga klinik yg berlainan. Belanja...mmg bnyk. Tapi utk kesihatan anak, tak pikir dah. Akhirnya kami ke klinik pakar kanak2 Andalas dan kali ni antibiotik utk Amsyar mmg kuat. Bila telan je tak lama pastu Amsyar akan tido dan badan berpeluh2. Demam surut dah lepas 2 kali makan ubat tu. Harap2 dia akan sihat sepenuhnya.
Kalau diikutkan aku dah nak masuk minggu ke 35 dah. Makin hampir utk waktu bersalin nampaknya. Sekarang tgh sibuk tgk check list barang2 baby utk dibeli. Mana yg masih boleh guna aku akan guna utk baby ni. Play pen, stroller , walking chair...semua dah ade. Hari tu pegi satu kedai baby, hubby belikan bouncer @ rocking chair utk baby ni. So setiap anak mesti ade benda baru setiap seorg...hehehehe...adil kan. Alih2 ank last nanti (entah bile lak) semua barang dah complete. Baju2 baby masih tak mencukupi.....aku rasa nak tambah utk cukup 7 hari. Baby baru lahir ni tak yah bnyk baju 0-3 bulan sbb baby akan cepat besa. Aku lebih suka beli baju baby 3-6 bulan @ 6-12 bulan...leh pakai lama sikit. Baju yg lama agak sadis keadaan nye..yelah ank lelaki yg memakai...lasak. Banyak yg leher besa...dan byk dah bagi kat org. ...(masa tu pikir nk rehat lah konon...alih2 dapat rezeki lagi)
Insya Allah ada masa aku survey barang lagi. Ni tgh dok basuh barut, lampin2 lama yg boleh guna ngan baju baby yg baru beli. Simpan elok2 dlm bekas plastik yg bertutup. Iskhhhh....warna pink je aku beli sampai 3 pasang kali ni..... hehehehehe.

No comments:
Post a Comment