Assalamualaikum,
Pertama sekali aku ingin sekali memberikan pesanan agar kalian yg membaca entry kali ini, berfikir sejenak sebelum membuat sebarang kesimpulan. Kemudian aku berharap agar kalian dapat mendoakan kebahagian kami sekeluarga. Semoga apa yang akan ku nyatakan kali ini sedikit sebanyak meredakan hati seorang ibu yang redha akan ketentuan Illahi...
Memang aku pasrah dalam dugaan hidup ini. Aku redha akan ketentuan Nya. Siapa aku untuk menidakkan semua yang sudah tertulis untukku....
*
*
*
*
*
Alif Amsyar bin Mohd Anuar dan Arif Adham bin Mohd Anuar, permata hati ibu telah disahkan oleh doktor Pakar Kanak-kanak HUKM mengalami satu masalah iaitu;
Satu keadaan dimana anak-anak ini mengalami situasi kelewatan perkembangan. Kelewatan perkembangan akan menyebabkan anak-anak ini menghadapi masalah pembelajaran dimana mereka tidak boleh disamakan dengan rakan-rakan sebaya atau seusia dengan mereka. Oleh yang demikian aku akan membawa anak-anak ini untuk mendapatkan tempat belajar yang sepatutnya sesuai dengan tahap perkembangan semasa mereka. Lebih tepat aku akan menghantar mereka ke Pra Sekolah Pemulihan Khas.Sebelum itu aku juga perlu membawa mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat kad khas..OKU..untuk membolehkan mereka layak ke Pra Pemulihan Khas ini. Tanpa kad tersebut besar kemungkinan mereka tidak diterima.
Benar, memang benar...tangan terketar-ketar..menaip setiap kata..mata berair sudah menahan sebak..apa yang mampu aku lakukan..............
BERANI, SABAR, TAWAKAL....
semoga anak-anak ini akan boleh berdikari dan menjadi seseorang yang boleh berbakti.....
Kisah sepanjang Bulan Januari - Bulan Mei......
Rentetan peristiwa bermula dari minggu pertama Tahun 2011, aku telah menghantar Amsyar ke Pra Sekolah di sekolah tempat aku bekerja. Dalam masa 5 hari itu, aku telah mendapat satu feedback yang kurang memberangsangkan atas kelakuan dan penerimaan Amsyar d sekolah tersebut. Sesungguhnya aku sebenarnya tidak bersedia untuk menerima dugaan Tuhan masa itu. Namun hati aku merasa jika benar anak ini bermasalah biarlah aku mencari penawarnya walaupun ke hujung dunia. Maka aku bangkit dari kecewa, dari meratap hiba..aku berusaha untuk mencuba kesemua peluang yang ada. HTAR....PPUM......dan akhirnya aku memilih HUKM sebagai tapak bermula untuk anak-anak ini. Pertama kali itu, aku perlu menyediakan satu surat pengesahan dari doktor yang biasa merawat anak-anak ini. Doktor Chong dr Klinik Pakar Kanak-kanak Andalas telah memberikan surat tersebut. Sebetulnya doktor ini sudah merasa ada sesuatu pada Amsyar yg hanya doktor yg boleh mengesannya.
17/01/2011...cuti rehat khas untuk aku dan suami. Inilah kali pertama kami suami isteri menjejak kaki ke HUKM. Selalunya kedatangan kami ke mana-mana hospital untuk menyambut kelahiran anak, namun kali ini berlainan.Sesudah mengisi beberapa borang dan temubual ringkas...ttg sejarah kelahiran, keadaan bayi semasa lahir, komplikasi sesudah kelahiran...semua pertanyaan yang berkaitan...mungkin mencari punca rasa ku...aku diberikan beberapa helaian kertas temujanji..dengan 3 department yg berlainan...Speech Therapy(ST), Occupational Theraphy(OT) dan Audio Assessment.
Ketiga-tiga perkara ini akan dilakukan oleh anak-anak ku sehingga mereka dewasa dan ianya akan aku lalui sebagai satu riadah bersama. Sudah hampir 6 bulan mereka melakukan therapy ini, alhamdulillah...walau tidak banyak..ada juga peningkatan, di mana ianya amat BESAR dan BERHARGA bagi diriku sebagai ibu mereka.
Tarikh 27/05/2011 yang lalu..doktor di CDC(Child Development Centre) melakukan satu assessment dan memberikan aku jawapan tentang situasi anak-anak ku. Mereka sebenarnya menghadapi GDD dan doktor memberikan beberapa langkah untuk aku membantu anak-anak aku ini. Aku redha ketentuan Illahi, kedua-dua anak ini menghadapi masalah yang sama. Bukan Autisme seperti yang aku sangka pada awalnya, bukan juga ADHD, hyperactive seperti yang ayahnya sangka pada awalnya. Namun mereka ISTIMEWA....amat istimewa....dan mereka permata hati ibu..............
Berbulan-bulan aku memendam entry ini.....berbulan lamanya ia bermain hanya di minda, kekuatan aku tidak muncul...aku amat lemah semasa mengetahui kebenaran...benar kebenaran itu amat pahit untuk di telan..walau aku cuba sedaya upaya, linangan air mata tetap muncul jua. Kenapa aku begini, mereka masih kecil...perlu sokongan padu ibu....bangkit Suhaila....hanya aku yang mereka harapkan...hanya ibu dan ayah yang mereka ada.....oh Tuhan...tabahkanlah aku dalam menempuh dugaan Mu ini.....tabahkan aku setabah mereka:
dan ramai lagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak istimewa ini....
blog mereka adalah rujukan buatku...sebagai panduan bagi aku memilih arah yang sesuai untuk anak-anakku...
BUAT ANAK-ANAK IBU,
SAYANG KAMU AMAT ISTIMEWA
DIMATA IBU KAMU SAMA
SEPERTI RAKAN-RAKAN SEBAYA
DALAM KETAWA
DALAM BERDUKA
NAMUN KAMU.... TIADA RASA
TAKUT
KECEWA
DUNIA KAMU SEMUA SAMA
BAGAI GULA-GULA KAPAS
INDAH DAN BEBAS
HATI IBU PILU
INGIN KAMU TAHU
DUNIA INI BEGITU
PENUH DENGAN DEBU
ANAK IBU AKAN BERSAMA
SELAMANYA
DENGAN IZIN TUHAN
IBU JUANG HINGGA KEHABISAN
KUDRAT
IBU ...SAYANG KAMU

suhaila mohd nasir..........................






1 comment:
Salam.
Semoga tabah dalam menghadapi dugaan Allah ini.
Post a Comment