Pertama sekali aku nk mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan-Nya, aku berjaya sudah menamatkan perjuangan ku. Perjuangan utk segulung ijazah. Alhamdulillah.
Sebenarnya tempoh pembelajaran aku bermula pd thn 2006 lagi. Kira2 hampir 5 thn juga perjuangan itu. Rentetan ini yg ingin aku kongsi d blog kesayangan ini. Sepanjang tempoh pengajian mmg banyak dugaan yg tak terduga utkku. Aku baru sahaja berpindah sekolah dr Jengka ke sekolah terkini pd bulan 5, thn 2005. Bila ada kawan yg sudi mengambil surat permohonan dan aku terus mengisi borang. Ya, sudah rezeki. Aku beserta 3 rakan lain satu sekolah berjaya dlm permohonan. Sewaktu awal pengajian, aku mendapt satu lagi berita gembira. Aku mengandung anak sulung. Anak sulung selepas keguguran pertama pd thn 2005.
Sepanjang awal pengajian mmg waktu sukar. Namun aku teruskan juga. Dalam mengandung ank sulung cabaran spt pening2, muntah, badan yg tak thn aircond dlm bilik kuliah serta jadual pengajian yg membawa ke petang (Maghrib) mmg dugaan hebat. Waktu itu aku terpisah dgn kawan satu sekolah d sebabkan nama mengikut abjad depan. Kawan ku dpt waktu awal berbeza dgn ku. Due bersalin pd bulan 6 pula. Dlm pantang pula peperiksaan bermula. Semua aku redah tak hirau apa2. Thn kedua pengajian, sekali lagi aku mendapat khabar gembira. Mengandung anak ke dua pula. Mmg rapat jarak anak ku kali ni. Tapi aku tetapkan iman dan hati, ku teruskan selagi terdaya. Cabaran kali ni lagi hebat. Kehadiran anak kecil dan keadaan diri berbadan dua amat mencabar minda dan tenaga aku. Balik kuliah pasti aku tumpas. Kaki bengkak, cramp. Waktu2 kritikal ini aku harapkan suami membantu. Ank yg memerlukan perhatian, ku renung d atas katil shj. Hati menangis tatkala suami yg sudi jadi penganti. Bersalin ank ke dua pd bulan Ogos 2007. Waktu d mana assignment perlu d hantar dan persediaan peperiksaan. Ketika ini aku hanya kuatkan semangat utk menghabiskan semua kerja. Kehadiran baby kali ini yg tak nk berenggang dan perlu perhatian 24 jam buat aku pening...kadang kala timbul perasaan putus asa...ya...aku rasa mungkin aku belum bersedia memikul 2 kerja berat dlm satu masa....tapi ayah, mak, suami selalu bagi kata2 perangsang...kata2 nasihat...kata2 memujuk agar ku teruskan perjuangan.
Dan diam-tak-diam aku teruskan. Kenangan membuat tesis, berjalan mencari rumah pensyarah utk hantar assignment by hand, keluar waktu dinihari mencari cybercafe utk print assignment, semua itu akan jadi kenangan terindah buat ku. Thn 2009, sepatutnya aku sudah melengkapkan pengajian, namun sudah suratan..aku perlu repeat 2 kertas yg mendapat markah teruk. Ya, aku hanya org biasa bukan prof. yg hebat ya. Proftension...ya...tensen shj....Dlm waktu itu sekali lagi aku mendapat perkhabaran gembira...mengandung utk kali ke 5..dan due pada thn 2010, bulan 3. Aku keguguran pd thn 2009..Aku pasrah. Usaha utk menghabiskan saki baki pengajian, sayang rasanya bila aku mengalah sedangkan tali penamat hanya d depan mata.
Namun kini...akhirnya, setelah perjuangan d iringi kelahiran 3 anak2. Aku telah berjaya. Berjaya mengenggam segulung ijazah. Aku baru sahaja menerima keputusan peperiksaan sem Mei minggu sudah. Kali ini aku berjaya menempatkan diri dlm Konvokesyen OUM kali ke 9. Alhamdulillah............berkat doa mak, ayah, suami...dan harapan tinggi utk meningkatkan diri. Aku akan bergraduasi pd 20/11/2010 ini d sidang 2..waktu ptg.
Khas utk rakan2 yg mahu menyambung dan sedang berjuang............teruskan usaha kalian....akan hadir satu perasaan puas dan terharu bila semua itu kalian lalui dgn tabah dan redha. Bila ada kesukaran, ingat..DIA sentiasa ada






2 comments:
alhamdulillah.. TAHNIAH!!!!
eus : terima kasih banyak2.
Post a Comment