Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran.

Assalamualaikum,


Indah nian di pagi hari,
Burung berkicau riuh sekali,
Bermaafan lah kita di Aidilfitri,
Salah dan Silap harap dimaafi.


Sempena kehadiran Syawal yg dah tak lama lagi, so saya di sini ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan2 yg mengenali diri ini. To my awsome blog readers (org tertentu jek ) you guys are the coolest person ever. Raya tahun nih kite raya sakan ye. Jenguk2 le mereka kat kg tuh...Tok Wan, Nek Wan,Tok Anjang,Nek Anjang semua lah jgn lupe nak lawat ye. Hulur mana yg ade sekadar tanda ingatan. Yelah mereka ni tak harap pun banyak mana cuma tanda ingatan tu yg penting. Gembirakan hati mereka nih. Tahun ni aku masih ade Nek Wan Melaka dan Nenek Segamat. Insya-Allah aku akan lawat dorg semua. Tok (lelaki) aku, dua2 dah takde.


Tahun ni patut giliran aku nye kampung, tapi disebabkan ibu mertua baru meninggal tahun ni, aku relakan giliran tu jatuh pada my hubby. Yelah, kesian kat ayah....dia dah sorang2 ngan cucu je. Aku dah beli kuih2 raye utk rumah sana. Air botol pun aku belikan. 1 kotak dengan 12 botol di dlmnye. Nanti kalau org datang ke rumah ayah, main tuang je lah. Tak susah kan ayah pun. Tahun ni aku akan pastikan semua benda yg nk bawa balik kg, mesti ada. Yelah takut tertinggal itu la ini la... Raye ke 2 baru kami rancang balik Melaka. Aku ni mana ramai adik beradik. Kesian leee kat mak ayah aku kan. Tu le 3 kerat pun. Cucu pun 4 org je...Thn depan insya-Allah seorg lagi......Opppsss..oh korang tak tau lagik keee...aku tgh preggie tau. Baru sangat le.....So masa bulan pose ni memang leeee dugaaan sangat2. Sbb aku masih dlm keadaan muntah2, loya2, pening2.......Harap2 kali ni aku ngan baby selamat. Doakan ye....

So akhir kata....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
Ikhlas dari :- Ibu Su, Amsyar , Adham and Papa Nua.....

No comments: