Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, August 17, 2009

Latihan Dalam perkhidmatan di Janda Baik.


my hubby semasa jadik model aksi repelling..

Assalamualaikum,

Baru balik dr LADAP di Janda Baik. Memang best lah tempat dia. Syokk tau ...Ada flying fox dan repelling... Tapi yg paling syok....durian time...makan jangan tak makan.....

Kali ni suami isteri kena gi kursus. So anak2 dah dirancang utk diletakkan pada pengasuh lama. Kami bertolak pd hari Sabtu 15/08/2009. Pagi pukul 7 kena ada di sekolah. Bas ambik kat sekolah lah kan. Senang berkumpul kat situ je. Bertolak pukul 8 pagi. Sarapan dlm bas jer. Pas dah sampai area Gombak berenti kejap. Aku turun carik minyak angin. Mana tau emergency kan. Pening lak nk naik bukit jap lagik. So bila dah sampai area Genting Sempah tu bermulalah acara mendaki...rupenya ni jln ke Janda Baik...aku ingat sebelah highway jeee. Kawasan ni waktu pagi berkabus tau. Syok nyer...macam naik Cameron jer. Sejuk waktu ni.

Sampai je ke Camp Sea Salt ABC...kena lak bawa beg ke kawasan camp. Tinggi gak le tanah nak naik nyer. Sesiapa ada beg beroda ok lah kan. Nasib baik suami ade dia le kena angkatkan beg...Sampai2 je terus gie kantin utk sarapan. Wah ni masa yg ditunggu2. lapar beb. Makan roti je dlm bas td. Masing2 senyap jer. hehhehehe... pastu ada taklimat dr kapten yg conduct camp kami. Tak lama lah. Ingatkan ada kursus yg mcm dlm kelas tu rupenya dah disuruh buat flying fox dan repelling. Wah....masing2 seram je tgk tempat tu...Tinggi giler....

Jangan tak tau...ramai yg buat tau. Guru yg pertama melangkah ke atas sana..tak lain tak bukan my hubby....hehheheheh...masa tu seriau jgk tgk dia kat tempat tinggi. Dia buat repelling dulu. Selamat...mendarat..terus snap gambar. Seronok tgk kawan2 lawan perasaan takut utk buat aktiviti mencabar ni. Kat sk tgk senyap jer kan kan sini semangat muda semua menyerlah. Ramai gak guru J-Qaf dan yg dah veteran buat flying fox..siap berdrama pun ade. Mana tak, suasana kat atassss sana lagik seram tau. Tu yg ade dah naik tak turun2, sampai kena push jer. hehehhehehehhe, lawak tol. Ada gak peluk pokok. Hahhahahahah....semua tu memang kenangan da. Seronok tau...yg tak buat bg motivasi...jerit2 suruh turun.

Dah habis je aktiviti tu , makan tgh hari...pas pukul 2.30 ptg sambung balik aktiviti tadi bg sesiapa yg belum buat. Pastu berendam time. Air sungai yg jernih, sejuk dan segar. Siap ade ikan kecik2 tau gigit kaki. Cam buat terapi ikan jer. Jgn ckp la semua cikgu perempuan berendam. Ada main bom air lah. Dah tak kira tua ke muda ke enjoy je kami kat sini. Kira memang lepas stress lah kan. Nak berenang air cetek sgt. So buat spa kaki le gosok kaki dgn batu sungai.

Malam lak ade BBQ lak. Wah memang best. Semua yg ade kami rasa. Kawan2 yg makan sikit tu cipta rekod leh abiskan nasik satu pinggan. Ada tetamu kehormat dtg. Dato' Sulaiman Hj. Karli memeriahkan majlis. Simple je org nye. Pas makan masuk dewan balik. Taklimat dan ucapan dr dato'. Habis je majlis ader lagik aktiviti.....DURIAN TIME. Masa ni aku dah tak larat. Tido awal. Tapi ade gak member satu bilik turun makan.

Esk hari Ahad pagi2 ada riadah, pastu breakfast pastu makan durian lagik...pastu masuk dewan , ade perasmian penutup Kursus LADAP. Pas mkn tgh hari, solat dan bersiap utk balik....

Kenangan manis yg pasti dikenang sampai bila2 serta dapat merapatkan hub. rakan sekerja...

No comments: