Amsyar's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Adham's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Auni's birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, May 3, 2009

Baru balik dari Kampung Melaka.

Assalamualaikum,

1 Mei cuti Hari Pekerja. Cuti kali ni ngam2 jatuh hari Jumaat so dapatlah kite cuti 3 hari berturut. Aku mengambil kesempatan utk balik kg Melaka jengah mak ayah. Mula2 macam nak balik awal pagi Jumaat, tapi bile mengenangkan cuaca yg panas terik skrg (walaupun baru pukul 10 pagi) aku pun pujuk sang suami utk balik lebih awal. Selepas makan malam (Khamis mlm Jumaat) kami pun bersiap utk pulang.

Perjalanan pulang bermula pada pukul 8.30 mlm. Sungguh tk sangka lak mlm pun jam gak. Walaupun masih bergerak tapi perlahan jugak. Sampai umah mak ayah tepat jam 11.50 mlm. Mujur mlm tak panas..kalau tak mau berasap kalau waktu siang. Mak ngan ayah buat suprise lak..petang tadi diorg br pasang air cond baru dekat ruang tamu. Hehehehhe...sungguh best balik kg kali nie..leh tido ngan nyaman depan TV!!!!

Along n family ngan Elly pun balik gak. Meriah gak le hari Jumaat tu. Ayah mcm biasa masak mcm2. Pagi2 dah goreng bihun daging. Tgh hari buat kari daging ngan sup ekor...daging yg fresh maaaaa. Sup ekor yg amat lazat. Ayah memang dah tempah semua lauk tu sebelum kami balik. Memang dia nk masak utk anak-menantu-cucu dia. THANKS DAD...AYAH MASAK MEMANG SEDAP!!! Mlm lak dia masak ikan siakap masak lemak......memang KLASSSSS..Amsyar sampai tambah nasi tau.

Hari Sabtu lak, pagi2 cam takde nk buat apa. So layan tgk TV sambil gosip2.Hehhehehhe...yelah jumpa adik beradik pun sekali-sekala. Masa tgk satu rancangan di astro ria...warong kite.....Si Farouk tu tgh layan makan2 kat Muar. Alamak nostalgia lak so si Along pun ckp "Jom kite gie Muar". Mcm best gak idea tu sbb ptg dah nk kena g umah Wan, satu lagi memang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa giler tak jengah tempat yg penah aku duduk tu. Satu family pun bersiap, pas Zohor je kami pun mulakan perjalanan. Yg pergi 2 kereta, keta ayah- Gen 2 ngan Integra Along...Msk lebuh raya baru -Lebuh AMJ. Perjalanan yg menenangkan sbb si Adham tido. Amsyar je celik utk tgk jalan.

Sampai je Muar...mak aihhhh berubah sangat dah. Memang le banyak kedai2 lama mcm dulu. Tapi suasana yg berbeza. Mcm masuk kawasan yg tak penah gie laaa. Utk pengetahuan pembaca budiman aku duduk Muar sejak aku Form 4 lagi sampai aku posting Cikgu. Lama gak lee aku kat sini. Intai2 gak le tempat yg penah aku gi...semua dah berubah. Syahdu lak masa g Muar. Kira lepas aku kawin ngan ada ank dua baru ni aku gi balik sana.

Tak lama kat Muar...just jalan2 ambik angin kat Tanjong Emas. Leh nampak Masjid Besa kat seberang dr situ. Tak lama kami pun ke Serkam Melaka. Wan aku dah tunggu.

Kira cuti kali ni ada gak le jalan2. Bukan duk umah je....

Oklah..sampai bertemu di lain waktu...ohyeee aku ngan family balik semula ke umah kami mlm tu gak(Sabtu mlm Ahad). Mcm biasa malas nk tempuh jam di musim panas nie. So kami memulakan perjalanan balik pada pukul 8.30 mlm. Sampai umah lak pukul 10.30 mlm. Nyaman je suasana.

No comments: