Alhamdulillah saya masih lagi bernafas di bumi Tuhan yg indah ini. Saya amat bersyukur atas segala yg telah Allah berikan kepada saya. Kini saya telah diberikan peluang utk mengubah kehidupan saya dan keluarga.
Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat peluang yg saya fikir "tidak akan dtg bergolek" atau " turun dari langit" ini kepada saya. Saya perlu yakin dan bersabar atas keputusan yang saya ambil ini. Izin suami telah saya perolehi dan saya amat lega dan bersyukur suami menjadi tulang belakang utk kejayaan yg saya impikan ini. Insya-Allah.
Saya tahu apa itu risiko. Semua perkara ada risiko yg tertentu. Saya tahu apa itu kegagalan. Kegagalan yg akan menjadikan kita semakin berwaspada. Saya telah memikirkan semua kemungkinan. Akhirnya saya pasti INI yang saya mahu lakukan.
Banyak yg telah menjadikan saya lebih matang. Saya menjadi lebih kuat. Saya menjadi lebih yakin. Saya tahu ini masa utk saya berubah. Berubah menjadi seseorang.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca saya:-
SEMUA PERKARA YG KITA LAKUKAN DATANG DARI NAWAITU KITA,
JIKA NAWAITU KITA KE ARAH KEBAIKAN, MAKA BAIK LAH PERKARA TERSEBUT,
JIKA NAWAITU KITA KE ARAH KEJAHATAN, KEBINASAAN BEGITULAH PERKARA YG
KITA INGIN LAKUKAN TERSEBUT.






No comments:
Post a Comment