Assalamualaikum,

Entry kali ni rasanya menyentuh hati sikit. Ibu mana yg tak sedih jika "kehilangan" anak bukan?... Begitula yg terjadi pd diri ini. Tak sangka mengandung kali ini tidak menunjukkan tanda2 yg aku rasa seperti aku mengandungkan dua org anak sebelum tu. Ada ketika rakan satu sekolah sering bertanya "Su betul2 ngandung ke. Macam tak ngandung je.Tak mabuk2 ke?" Memang tidak langsung aku rasa mabuk, pening atau muak2. Mengandung kali ini aku rasa macam sihat. Aku sangka semua akan berjalan dengan baik memandangkan tiada langsung rasa tidak sihat. Tetapi apa kan daya seorang wanita...dalam merasakan keseronokkan utk menimang cahaya mata lagi rupanya tidak kesampaian.
Tepat pada pukul 9.30 pagi hari ini aku telah dimasukkan ke wad utk DNC. Sebelum itu, semasa cuti sekolah aku dah keluar "tanda". Itu yg menyebabkan aku pasrah dan bersedia utk semua kemungkinan. Yelah pengalaman lalu mengajar aku utk lebih tabah. Walaupun ini merupakan kandungan ke empat, hanya 2 kali aku berjaya. Yg pertama dan kali ini aku "tumpas" utk melahirkan zuriat utk suami ku.
Walaubagaimanapun aku masih ada 2 org putera yg sedia utk mengembirakan hati yg sedih ini. Pulang dr tempat jagaan, senyuman dan pelukan mereka sudah cukup buat ku gembira. Hilang rasa sakit dan sedih. Kuatkanlah semangat ibu sayang.
Aku tahu kini aku punyai 2 org 'PARI-PARI' di sana menanti kedatangan ku....







3 comments:
bersabarlah dgn ujian tuhan ni sue.. aku pun risau gak org umah aku tu... dah la first.. keje jauh travel,,
thanks ye Bal. Jaga diri ko jugak, ko kena kuat nk jaga org rumah. Harap semua ok dan selamat yeee.
ganjaran di sana lebih bermakna sue..redha dan sabar ye..
Post a Comment