Hai, bersua lagi kite dlm blog ni...Dah masuk thn baru mestilah setiap org sibuk nak tanam azam tahun baru ye tak. Macam biasa aku berharap agar tahun baru ni aku akan buat yg terbaik dlm segala tugas yg telah diamanahkan. Walaubagaimanapun aku terlalu kecewa dengan pembahagian tugas yg telah diberikan. Macam biasa tugas yg wajib aku pikul dr pindah ke sk ni..ialah Data Murid...entahlah nak ckp expert gile tak le..cuma kena rajin ngan teliti buat kerja ni. Tak semua org sanggup buat(bak kata kwn tu). Aku kena pun agaknye sbb cikgu yg pindah sekolah dulu tu yg aku ganti tu adalah kebetullan guru Data...so rasionalnye aku lah yg kena tak????
Yang lebih buat aku bingung adalah aku juga dipertanggungjawabkan sebagai guru kelas. Semua faham akan bidang tugas sebagai guru kelas. Bukan awal tahun sahaja malahan tugasnya adalah sepanjang tahun. Hari Rabu lepas aku diserang sakit tekak sehinggakan aku sukar utk bersuara. Hari ni lak demam. Alahai bila nak buat kerja mulalah banyak halangan. Aku juga dpt khabar ank saudara aku kat K.Lumpur dimasukkan ke wad. Punca keracunan makanan. Tak dpt nk melawat mereka sbb demam. Dua-dua kena masuk wad, kesian kat Along aku. Kena gak le bermalam kat sana teman anak2. Awal tahun ni banyak gak le dugaan cuma yang boleh aku buat bersabar dan tunggu sesuatu perubahan......tapi sampai bila????? Tugas yg kena siap tu pasti akan bertimbun kalau tak disentuh. Nak ikut hati....serah je tugas kalau tak sanggup tapi hati aku ni lak yg tak sanggup.... Yang pasti semua org ada masalah dan dugaan yg tersendiri. Selagi boleh diatasi buat sebaik mungkin....kalau dah tak dpt....kita berserah dan bertawakal aje. Mungkin ada orang yg lebih perihatin dan dapat menolong kite. Ingat ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI SAKSAMA.






1 comment:
yup..tersangat lah betolnya apa yang hang tulis dalam entry nih..firman Allah. "innallaha ma'ana" sesungguhnya allah bersama kita..
Post a Comment