Semasa menonton rancangan Nona di TV3 Ahad lepas, ada satu segmen mengenai nasib balu di Aidilfitri yg akan menjelang tak lama lagi..Lantas aku terkenang akan nasib keluarga angkat ku..di Jengka Pahang.Kakak sulong Ekin(kawan karib) telah kehilangan suaminya pada bulan 7 yg lalu..Abg Harun (arwah)adalah seorg yg amat penyayang.Kehilangan nya amat lah dirasai oleh ramai org.Apatah lagi pemergian yg tidak disangka2. Arwah tidak menunjukkan sebarang tanda2 sakit. Malah sempat ke tmpat kerja pd pagi yg mengejutkan itu. Arwah diserang asma semasa waktu rehat sebelum menyambung kembali kerja pd pukul 2 ptg. Segala detik menyedihkan itu diceritakan oleh Ekin..Malah sewaktu mendpt khabar itu , linangan air mata..mencurah2 keluar. Apalah nasib akak dan anak2 selepas ni. Ank nya masih kecil, sorg br 2 thn (baya Amsyar) , sorg lgi thn depan darjah 1.Aku masih tidak percaya abg Harun dah tiada. Masih terbayang keletah, lawak jenaka dan nasihat.... semua itu tersemat dalam memori.Aku amat rapat dengan keluarga Ekin semenjak aku ditempatkan di Jengka. Keluarga nya lah tmpat ganti aku meluahkan rindu pd keluarga Melaka. Malah ibu Ekin pun aku panggil Mak..Kesian Ekin, abg ipar nya pergi pd thn yg sama perkahwinannya... Aku mendoakan kesejahteraan pada roh abg Harun dan kebahagiaan kak Zah dan anak2...Tenang dan tabah lah menghadapi dugaan yg amat hebat ini. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Paling memilukan abg Harun tidak sempat meninggalkan sebarang pesan pun pd isteri dan anak2. Malah kak Zah tidak sempat minta ampun pdnya.....Ya ALLAH.... jika ini ketentuan Mu...tabahkan lah hati hamba Mu ini atas dugaan yg diberikan....Pilu sungguh hati ini tak dpt ku bayangkan jika aku berada dlm situasi itu. Pasti hancur luluh hati melihat org tersayang pucat dan membisu...tanpa sebarang reaksi..hanya diam dan sepi............Abg Su minta ampun kalau ada buat silap pd abg..segala tindak tanduk..tutur kata..maafkan lah Su......






3 comments:
alahai cian nyer...pasti nya sambutan ramadan dan aidilfitri kali ni adalah muram..tabahkan hati....hidup mesti diteruskan...
yg hidup nih..kena banyak2 lah kirimkan 'yg sepatutnya' kepada muslimin muslimat yg telah tiada...
sorry.. sebab minggu abg terlalu sibuk menguruskan hal2 keluarga hingga sukar 'online' seperti biasa... mari kita sama3 menhadiahkan al fatihah kepada arwah abg harun... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
p/s:- memori paling aku ingat pasal arwah masa arwah nak pinjam duit... bukan byk pun.. aku dah lama halalkan.. lg satu arwah tolong aku & sue pindah rumah dari pahang ke sini.. angkut barang naik lori...
Post a Comment